Inisiatif PLATS E-kitchen Selangor bantu pengusaha makanan ubah kehidupan

Ketika PKP dilaksanakan pada bulan Mac, kebanyakan usahawan perniagaan makanan dan minuman terputus punca pendapatan. Situasi ini kian meruncing apabila tiba bulan Ramadan dengan pengusaha bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi.

Inisiatif E-Kitchen merupakan salah satu inisiatif daripada MBI Selangor dengan kerjasama PLATS – Platform Selangor & Grab ini telah membantu penjaja dan peniaga kecil mengatasi cabaran berniaga sewaktu PKP berkuatkuasa dengan cara yang mudah dan efektif. Bukan sahaja jaringan pengguna dan peniaga E-kitchen ini meluas, malah penyediaan dan penghantaran makanan diselia agar mengikut ketetapan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ikuti video ini bagi melihat bagaimana E-Kitchen berjaya merubah kehidupan Hairi, Izzudin dan Saiful.

Sumber :