“Kami ada tiga anak. Memikirkan penjagaan anak-anak, kami terima dia (isteri) kembali,”
Begitulah jawab suami kepada wanita yang didakwa telah lari 25 kali bersama lelaki lain namun masih menerimanya kembali, seperti dipetik DNA India.
Menurut portal itu, pasangan yang tinggal di Assam berkenaan telah mendirikan rumah tangga sekitar 10 tahun lalu.
“Dalam tempoh 10 tahun, isteri saya melarikan diri sebanyak 25 kali dengan lelaki berbeza selepas kami berkahwin pada 2011. Setiap kali dia pulang kepada keluarga, dia berjanji tak buat lagi tapi setakat ini, dia gagal jalankan komitmennya,” kata lelaki tersebut.
Tambahnya, adakala wanita tersebut mengaku kononnya pergi ke rumah saudara mara yang tidak sihat.
“Kadang-kadang isteri saya cakap dia pergi ke rumah saudaranya, kadang-kadang dia cakap dia pergi jumpa ahli keluarga yang sakit.”
“Pada Sabtu (4 September), ketika saya balik daripada kerja (sebagai pemandu), saya dapat tahu daripada ayah saya dia lari meninggalkan anak kami yang berusia tiga bulan di rumah jiran.
“Dia beritahu jiran katanya ingin mengutip makanan kambing. Saya tak tahu bila dia akan pulang,” tambah lelaki itu.
Tambah portal tersebut, lelaki itu mendakwa isterinya telah mengambil Rs 22,000 (kira-kira RM1,238) dan beberapa barangan lain daripada rumah sebelum pergi. Malah katanya, dia tidak mengetahui dengan siapa isterinya pergi membawa diri.
“Saya akan terima dia kerana saya betul-betul menyayanginya. Dan kami juga ada tiga anak kecil. Siapa nak jaga mereka jika saya tidak terima isteri saya? Saya tak laporkan kepada pihak polis untuk elakkan masalah lain,” katanya.
Berdasarkan portal tersebut, pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing berusia tiga bulan, tiga tahun dan enam tahun.
Wanita itu dikatakan membawa diri selama beberapa minggu atau bulan sebelum pulang semula kepada keluarga mentuanya.
Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/13/suami-dakwa-isteri-larikan-diri-25-kali-dengan-lelaki-berbeza-tapi-masih-menerimanya-kembali-ini-sebabnya/?fbclid=IwAR3pMyr2UKqgBSXbgYxWXNGihKLr8-g7YL8jpSUWMuOXv9g0d2zx5CIMGGI