Ini rupanya fungsi 2 titik merah dan kuning pada tayar baru

Ini rupanya fungsi 2 titik merah dan kuning pada tayar baru. Tetapi pernah tak anda perasan dot warna kuning dan merah pada tayar baru? Apakah fungsinya?

Adakah ia di situ sahaja-sahaja? Dikenali sebagai dot pengimbang, syarikat pengeluar menandakan kedua-dua dot ini untuk memudahkan pemasangan tayar pada rim kereta anda.

2 titik merah dan kuning pada tayar baru, apa sebenarnya fungsi?

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Ini rupanya fungsi 2 titik merah dan kuning pada tayar baru

Dot kuning

Dot yang berwarna kuning menandakan titik yang paling ringan pada tayar baru anda. Valve stem (soket mengisi angin) pula ialah titik yang paling berat pada rim kereta anda. Apabila dot kuning dan valve stem dipasang selari, kerja balancing menjadi lebih mudah kerana pemberat tidak perlu digunakan sangat.

Dengan pemberat yang sedikit, pemanduan boleh menjadi lebih senyap dan selesa. Malah tayar juga boleh tahan lebih lama.

Dot merah

2 titik merah dan kuning pada tayar baru, apa sebenarnya fungsi?

Dot yang berwarna merah pula menandakan titik yang paling berat pada tayar baru anda. Ia dipasang selari dengan titik yang paling ringan pada rim kereta anda.

Kebiasaannya, titik ini dilabel oleh sejenis penanda yang terbonjol. Jika penanda tiada, dot merah boleh diselarikan dengan valve stem.

Konklusi

Ini rupanya fungsi 2 titik merah dan kuning pada tayar baru

Untuk anda yang belum tahu, roda yang tidak seimbang boleh mengakibatkan gegaran pada pemanduan kereta tersebut. Tetapi menghasilkan tayar yang betul-betul seimbang dan bulat adalah sesuatu yang mustahil buat syarikat pengeluar. Maka itu, terjadilah berat yang berlainan pada bahagian getah.

Ini rupanya fungsi 2 titik merah dan kuning pada tayar baru

Disebabkan ini jugalah adanya mesin pengimbang di kedai tayar yang sering kita kenali sebagai “balancing”. Tetapi sebelum melakukannya, adalah lebih mudah untuk berat tayar dan rim diseimbangkan terlebih dahulu supaya kerja balancing menjadi lebih senang.

Baca:

Sherry tunjuk bakat sebenar menyanyi masa ‘live’, sekali Ajai bagi komen tak disangka

Keadaan terkini Siti Nordiana buat peminat bimbang

Kerajaan akan naikkan harga petrol Ron95 dalam masa terdekat?

[/bg_collapse]