Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini rukun negara jabatan pendaftaran negara zoo negara bank negara malaysia jabatan akauntan negara jata negara majlis keselamatan negara bank negara exchange rate jpn jabatan pendaftaran negara tugu negara[/bg_collapse]

 

Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini. Seperti dua tahun lalu, puasa tahun ini juga disambut dalam keadaan dunia masih berdepan ancaman COVID-19.

Lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa di siang hari selama sebulan, yang bermula pada awal April.

Ada negara yang meraikan kedatangan 1 Ramadan pada 2 April, tidak kurang sebahagian daripadanya yang mula berpuasa hari ini.

Bulan suci ini bermula kira-kira dua minggu lebih awal setiap tahun dan, bagi sesetengah negara di dunia,ia akan beralih dari musim panas yang lebih panjang dan lebih panas menuju ke musim sejuk yang lebih pendek dan sejuk.

Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini

Di Malaysia, umat Islam akan berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam.

Tetapi negara manakah yang mempunyai waktu siang paling lama, dan negara manakah yang akan mempunyai puasa paling singkat?

Memetik The National News, New Zealand, Argentina serta Afrika Selatan menjadi lokasi paling pendek mengerjakan Ramadan pada tahun ini, dengan masing-masing akan berpuasa sekitar 11 dan 12 jam.

Sementara itu, umat Islam di bandar Reykjavík, Iceland, dijangka mengerjakan ibadah puasa paling lama dengan sekitar 16 jam, 50 minit.

Pada tahun lalu, Norway, Greenland serta Finland menjadi bandar yang paling lama menjalani tempoh Ramadan iaitu selama 20 jam.

JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK

Di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain.

Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah, Arab Saudi.

Sama seperti tahun sebelum ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.

Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini

Ramadan paling pendek mengikut negara:

Johannesburg, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam

Buenos Aires, Argentina: 11 hingga 12 jam

Cape Town, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam

Christchurch, New Zealand: 11 hingga 12 jam

Ciudad del Este, Paraguay: 11 hingga 12 jam

Montevideo, Uruguay: 11 hingga 12 jam

Brasilia, Brazil: 12 hingga 13 jam

Harare, Zimbabwe: 12 hingga 13 jam

Ramadan paling panjang mengikut negara:

Reykjavík, Iceland: 16 jam dan 50 minit

Warsaw, Poland: 15 jam

London, England: 15 jam

Paris, Perancis: 16 hingga 17 jam

TONTON:

BACA:

Naib Canselor UiTM sahkan akan ambil tindakan kepada prof ‘biadap’

Arab Saudi larang buat ‘live’ ibadah dari masjid sepanjang Ramadhan

Akhirnya Azira mengaku ada hubungan ‘istimewa’ dengan Sharnaaz Ahmad