Ini fungsi dua butang pam tandas yang ramai tidak tahu, jangan tekan kedua-duanya serentak

Sebenarnya ramai antara kita yang setiap kali menggunakan tandas akan menekan kedua-dua butang pam dengan anggapan bahawa tandas akan lebih bersih.

Ramai yang berfikir dengan menekan kedua-dua butang pam, air yang digunakan untuk membersih akan jadi lebih banyak atau ada juga yang beranggapan bahawa tekanan air akan lebih kuat jika kedua-dua butang ditekan serentak.

Sebenarnya setiap butang mempunyai fungsi tersendiri. Jika diperhatikan butang ini biasanya mempunyai dua saiz berbeza, yang satunya kecil dan satu lagi lebih besar. Ramai yang tidak tahu fungsi sebenar butang-butang ini jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, seorang pengguna TikTok, Jamban King Steve ada menerangkan tentang perkara tersebut.

Melalui video yang dikongsikan, lelaki ini ada menerangkan bahawa kedua-dua butang pada tangki simbah mangkuk jamban memiliki fungsi yang berbeza. Butang kecil pada tangki simbah akan mengeluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan mengeluarkan enam liter air.

Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil sudah memadai. Apa yang penting jangan menekan kedua-dua butang serentak kerana akan berlaku pembaziran air dan kemungkinan pam tandas akan boleh rosak dengan cepat.

 

Baca Juga : Ismail Sabri beri bayangan PKP akan kembali, varian Omicron makin mengganas

Lelaki terkejut selepas melihat realiti gaji ‘Engineer’ di Jepun dan Malaysia