Husam gesa PH serah semua kerusi PPBM kepada Amanah

Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk ‘Lepas jawatan demi rakyat’ yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Justeru kata Husam, beliau mencadangkan supaya Amanah dan rakan sekutu PH melakukan penjajaran semula kerusi yang dipertandingkan pada PRU-15 nanti.

“13 kerusi ini diserahkan kepada Bersatu sebelum ini. Begitu juga 10 kerusi yang ditinggalkan YB Azmin Ali dan rakan-rakan. Sebahagian besar kerusi ini akan dimenangi PH.

“Jika diberi peluang Amanah (bertanding), peluang untuk menang cerah. Dengan itu Amanah boleh menambah kerusi di peringkat Parlimen pada masa akan datang,” katanya.

Berita penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/101390/BERITA/Politik/Populariti-Tun-M-kian-merudum