Helaian Badal Haji tertulis nama Badrul bersepah di Makkah, rakyat Malaysia ramai kena scam!

Tular di laman sosial sekumpulan individu yang sedang bergambar di Jabal Rahmah.

Apa yang menghairankan, kumpulan ini mengambil gambar berserta kertas yang mengandungi nama badal haji.

Difahamkan mereka tidak menunaikan haji seperti yang diamanahkan kerana hanya mengambil gambar sahaja.

Helaian Badal Haji tertulis nama Badrul bersepah di Makkah, rakyat Malaysia ramai kena scam!

Pemilik laman facebook, Kashful Azim Shaharudin dipercayai melihat sendiri situasi itu ketika melakukan badal haji.

Kredit: Kashful Azim Shaharudin

Beliau juga mendakwa banyak kertas berterbangan di lantai dengan nama nama badal yang tertulis di atasnya.

Sindiket ini juga mengupah orang ramai untuk mengambil gambar dengan berlainan nama badal.

Malah, pemilik facebook juga sempat berkongsi satu babak dimana para pelakon ini dibayar setelah selesai bekerja.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan tertipu dengan servis badal haji yang jauh lebih murah dari haji yang sebenar kerana itu adalah salah satu daripada trick terbesar scammer.

Baca : Geng jubah putih jadi punca kemalangan geng konvoi