Hati tenang paling susah nak dapat, betul tak? Hah, ini 15 cara nak ubah derita kepada Bahagia

Hati tenang paling susah nak dapat, betul tak? Hah, ini 15 cara nak ubah derita kepada Bahagia.

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang dihujani dengan pelbagai ujian dan derita sehingga buntu mencari jalan untuk keluar.

Ada ketikanya agak cemburu juga melihat kehidupan orang lain yang nampak bahagia dan mudah tetapi tertanya-tanya mengapa semua itu tidak berlaku kepada diri sendiri. Sudah pelbagai jenis tips hati tenang dibaca dan dicuba tetapi tidak menjadi.

Benarlah kata orang, betapa kaya pun kita dengan wang ringgit kalau hati tidak tenang tidaklah ke mana.

Oleh itu, ada beberapa cara yang dikongsikan oleh pakar motivasi Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk anda ubah derita yang dialami kepada bahagia supaya tidak terus murung dalam hidup.

*TIPS HATI TENANG, 15 CARA NAK UBAH DERITA KEPADA BAHAGIA*

1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 4.30 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.

2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan. Amalkan gaya hidup minimalist.

3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.

4. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi. Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.

5. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.

6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Periksa solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.

7. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.

8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.

9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.

10. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja. Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.

11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.

12. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka. Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.

13. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung. Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

BACA JUGA:

5 petua mudah bantu bayi yang selesema agar cepat sembuh

Cara membentuk masa depan pekerja belia di seluruh dunia

Ibu Bapa Berperanan Penting dalam Membantu Anak Rangsang Diri untuk Bercakap