Guru rogol 13 anak muridnya sehingga lahirkan anak

Guru rogol 13 anak muridnya sehingga lahirkan anak.Hakim Mahkamah Tingi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang guru, Herry Wirawan yang sebelum ini disabit kesalahan kerana merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan yang dibuat oleh pendakwa raya.

“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Hakim dalam keputusannya turut mengubah keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Herry.

Selain itu, hakim juga memutuskan Herry tetap akan menjalani hukuman penjara sebelum hukuman mati dilaksanakan.

Terdahulu, pandakwa raya menuntut Herry dihukum mati, namun ditolak Mahkamah Daerah Bandung dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kemudian, pendakwa raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Bandung sehingga keputusan dibuat.

Kes Herry mendapat liputan meluas di seluruh Indonesia selepas perbuatan terkutuknya yang dilakukan sejak 2016 terbongkar.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Lelaki itu yang juga merupakan guru agama merogol mangsa dengan menggunakan kekerasan dengan lapan daripada mereka mengandung dan seorang daripadanya pernah melahirkan anak dua kali.

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.

TONTON:

BACA:

Minum susu murah jejaskan otak anak? Ini penjelasan pakar

Musykil pengeluaran KWSP lulus atau tidak? Ini petanda yang kena anda tahu

MAA cadang kerajaan mansuh arahan imbas MySejahtera