Guna 2 bahan dapur ini sahaja nak defrost daging cepat

MEMANDANGKAN ketika ini musim Hari Raya Aidiladha, sudah pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai stok daging korban di dalam peti ais.

Memang sedap jika dibuat sup, rendang atau sekadar goreng kunyit, tapi yang lecehnya apabila ia perlu dinyahbeku atau defrost terlebih dahulu.

Kalau terlupa untuk keluarkan daging lebih awal, alamatnya terpaksalah tunggu berjam-jam lamanya lebih-lebih lagi jika tiada microwave.

Namun, perkongsian tip oleh seorang tukang masak yang dikenali sebagai Rizal Tomyam di TikTok pastinya membantu memudahkan tugas suri rumah selepas ini.

Cara-caranya:

1. Masukkan daging beku ke dalam bekas atau besen yang berisi air biasa

2. Tuangkan kira-kira tiga hingga empat sudu cuka

Cuka dan garam diperlukan untuk menyahbeku daging.

3. Masukkan pula garam dengan nisbah yang sama

4. Biarkan daging terendam dalam larutan tersebut sekitar tujuh hingga 10 minit

Hasilnya, daging menjadi lembut dalam masa 10 minit!

Oh ya, daging tadi perlu dibasuh dahulu sebelum dimasak.

Semoga bermanfaat!

Baca : Anjing pun dapat rantai emas RM14,000, “bini kau ada?”