GEMPAR !!! Usah terima Adun lompat atau kami tarik balik sokongan, amaran Umno Perak kepada Bersatu

Pemimpin Umno Perak memberi amaran kepada Menteri Besar Perak dan Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu supaya tidak menerima Adun parti itu yang berhasrat melompat ke PPBM, menurut orang dalam Umno.

“Kami tahu beberapa Adun yang bukan ketua bahagian cuba didekati untuk mereka melompat dan menjadi ketua di bahagian masing-masing.

“Kami sudah jelaskan melalui utusan, jika mana-mana orang Umno melompat ke parti lain atau diterima PPBM, kami semua akan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional di Perak dengan segera,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, Adun Umno sudah diberikan amaran supaya tidak bertindak merosakkan parti.

“Jika mereka berbuat demikian, maka mereka tidak patut terkejut jika mereka digugurkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.”

Semalam, Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad meminta Faizal berhenti bermain politik dan memfokuskan kebajikan rakyat.

Beliau mendakwa Faizal merendah-rendahkan Umno dengan tindakan yang membelakangi semangat setiakawan dan prinsip hormat-menghormati yang dipersetujui ketika PPBM, Umno dan PAS membentuk kerajaan.

Saarani merujuk penjelasan Faizal mengenai pelantikan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga veteran Umno, Nazri Aziz dilaporkan mengakui terdapat rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin parti itu di Perak, khasnya berhubung pelantikan ketua kampung.

Katanya, ketua kampung kini dilantik jawatankuasa 3 ahli yang terdiri daripada wakil Umno, PAS dan PPBM, sedangkan ia adalah tanggungjawab parti tunggal, iaitu parti yang memenangi sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri itu akan melantik ketua kampung di kawasan terbabit.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/20/umno-perak-beri-kata-dua-kepada-ppbm/