China dilaporkan telah mengharamkan beberapa rancangan realiti pencarian bakat dan memberi arahan kepada penyiar televisyen untuk tidak mempromosikan lelaki ‘cantik’ dalam usaha terbaru untuk membentuk semula budaya industri hiburan di negara itu yang selama ini didakwa telah ‘menyesatkan’ anak muda.
Menurut The Guardian, Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional telah mengumumkan peraturan baharu itu pada Khamis lalu.
Antara peraturan lain, penyiar televisyen juga tidak boleh menayangkan program pengembangan idola atau rancangan aneka ragam dan realiti yang menampilkan anak-anak selebriti.
Mereka juga menyuruh penyiar untuk menolak ‘estetika yang tidak normal’ seperti lelaki ‘lembut’, pempengaruh yang kasar, kenaikan gaji selebriti dan pelakon yang kurang bermoral.
Peraturan baru itu dirancang untuk memperbaiki masalah pelanggaran undang-undang dan moraliti artis serta kekacauan dalam ‘komuniti peminat’.
Rancangan berkaitan dengan idol telah menjadi fenomena besar di China sejak beberapa tahun yang lalu. Ia merupakan format inovatif yang sama seperti Korea Selatan dan Britain.
Program seperti Youth with You dan Produce 101 telah memperlihatkan ‘lahirnya’ kumpulan remaja lelaki dan perempuan. Mereka menjalani latihan sertai persaingan yang sengit untuk menjadi seorang selebriti.
Menurut data yang dikumpulkan oleh Maoyan Research Insitute, Produce 101 adalah salah satu rancangan yang paling banyak ditonton di China.
Susulan dari tindakan peminat fanatik yang mempertahankan Kris Wu yang ditahan atas kesalahan rogol juga membuatkan kerajaan China berjanji untuk mengekang aktiviti dan tingkah laku fandom di negara itu yang dianggap sebagai penyembahan terhadap selebriti sehingga membuatkan mereka tidak rasional.
Ada dakwaan yang mengatakan para peminatnya merancang untuk ‘menyerang’ penjara dan membebaskan artis kesayangan mereka itu.
Tidak cuma itu, media-media di China juga diminta untuk tidak menerbitkan kisah-kisah yang mempamerkan kekayaan, gosip, topik hangat yang negatif dan ‘selebriti internet’ yang tidak sopan.
Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/03/china-dilapor-haramkan-rancangan-realiti-tv-tak-mahu-rakyat-terpengaruh-bergosip-mendewakan-selebriti/?fbclid=IwAR2qOTVa1Hl5Zo3F4-DlfidLsSZxl6DiWqxZSX2sl49WlRTbW5eXneHyNb4
BACA JUGA :
Lelaki terkejut selepas melihat realiti gaji ‘Engineer’ di Jepun dan Malaysia
WOW !!! Harga iPhone 13 tak masuk akal
Sering lafaz cerai terhadap isteri, sekali suami nekad lafaz talak 10