Cara mohon bantuan BKPKK untuk isi rumah bawah RM3,000

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Cara mohon bantuan BKPKK untuk isi rumah bawah RM3,000 bantuan prihatin rakyat bantuan covid sabah bantuan prihatin nasional bantuan prihatin national bantuan khas covid bantuan bkc bantuan prihatin bantuan prihatin rakyat 2021 bantuan sara hidup semakan bantuan khas covid [/bg_collapse]

Cara mohon bantuan BKPKK untuk isi rumah bawah RM3,000.Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya termasuklah bantuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

BKPKK pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti untuk pengajian 2 semester sahaja (satu semester di Kolej Komuniti adalah selama 6 bulan).

Kepada yang layak, mereka akan menerima RM300 sebulan/RM1,800 (semester) atau RM3,600 untuk dua semester/setahun.

Syarat-syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
Diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
Pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BKPKK hendaklah dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini di bawah KPM.

Dalam masa sama, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan kini akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Untuk maklumat terperinci berkenaan BKPKK, sila rujuk – DI SINI.

BACA:

TONTON :

BACA:

“Kak Long 7E memang layak jadi tetamu..” – CEO TV Hijrah

Cara minum air kosong untuk ‘diet’ sebenar yang ramai tidak tahu

Awie dakwa Zul Ariffin boleh je tolak, tapi dia pilih untuk ‘sedap’