Buka periuk tengok cicak tengah berasmara dalam nasi, geli nak cedok

Pasti ramai yang geli geleman dengan makhluk bernama cicak ini. Sekali direnungnya, terus tak jadi masuk tandas. Risau kalau-kalau si reptilia melompat atas kepala.

Selain itu, kejadian cicak masuk ke dalam minuman atau makanan sudah tentu membuatkan kita teringat-ingat walau dah bertahun melaluinya.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gambar di mana dua ekor cicak sedang asyik ‘berdating’ dalam periuk nasi di rumahnya. Kongsi Puan Anna Aqiesya dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dia membuka sedikit periuk berkenaan untuk mengeluarkan haba nasi sebelum dicedok.

Buka periuk tengok cicak tengah berasmara dalam nasi, geli nak cedok

Baru sahaja tinggal sekejap, tup tup dah ada dua ekor cicak yang bersemadi di dalamnya. Jelasnya, salah seekor dari cicak itu telahpun lembik dan berwarna kemerah-merahan dipercayai kerana panas.

“Saya buka nak sejukkan nasi. Anak nak makan. Buka sikit jer sebab tu periuk Dessini. Bukak bagi keluar haba dalam tu.

“Saya pegi depan, dah tu nak makan nasi.. Tengok-tengok terselit kat situ,” kongsinya.

“Yang bawah dah arwah. Lembik, jadi merah dah. Mungkin kena haba panas, tu kan periuk wap tinggi. Kena keluarkan haba dia dulu..,” tambahnya.

Tambah wanita itu, dek kerana geli, anak-anaknya tidak jadi memakan nasi tersebut selain menanti kepulangan suami untuk membuang dua haiwan berkenaan.
“Masak tu dah jadi, yang tak jadinya kat sini..

Kredit: Anna Aqiesya

Perkongsian itu telah mendapat lebih 3.1 ribu tanda suka dan 1.3 ribu komen daripada warga maya. Rata-rata netizen yang melihat kiriman berkenaan meluahkan kegelian mereka jika berhadapan dengan situasi serupa.

Baca juga: “Fasha Sandha pakai baju harga RM19 pun nampak mahal”