Beg sekolah dirampas monyet, reaksi pelajar ini dapat pujian netizen

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Beg sekolah dirampas monyet, reaksi pelajar ini dapat pujian netizen budak sekolah cuti sekolah 2021 cuti sekolah 2020 sekolah surat tidak hadir ke sekolah takwim sekolah 2021 sekolah dibuka [/bg_collapse]

 

Monyet sudah dikenali dengan sifat nakal yang seringkali buat hal.

Bukan setakat merampas makanan orang, malah macam-macam hal lagi yang dilakukan monyet sehingga viral seperti merasmikan kolam renang di rumah. Perangai mereka ini kadang membuatkan kita sedikit takut untuk menentang mereka.

Sama seperti video yang tular di Singapura baru-baru ini yang memaparkan salah seorang pelajar terpaksa berdepan dengan situasi genting apabila begnya dirampas monyet telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa berunding dengan monyet sebab nak ambil balik beg

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelajar sekolah di Singapura sedang berjalan untuk pulang ke rumah.

Namun, perjalanannya telah disekat oleh dua ekor monyet. Monyet tersebut dilihat merampas beg sekolahnya. Dia yang takut pada awalnya cuba berunding dengan bercakap dengan monyet supaya tidak membuka beg itu.

Setiap kali pelajar itu melangkahkan kaki ke arah begnya itu, monyet tersebut dilihat marah dan menyerbunya. Selepas seminit kemudian, akhirnya dia dilihat berjaya mengambil fail dan begnya yang berterabur dan cuba lari sepantas mungkin.

Beg sekolah dirampas monyet, reaksi pelajar ini dapat pujian netizen budak sekolah cuti sekolah 2021 cuti sekolah 2020 sekolah surat tidak hadir ke sekolah takwim sekolah 2021 sekolah dibuka
“Dia boleh relax lagi ya, kalau aku dah give up pastu pecut lari” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 9K tanda suka dan 700 komen di Facebook, rata-rata netizen terhibur dan turut memuji keberanian pelajar itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:


Siap tunggu dan cuba berunding dengan monyet, berani betul! 😀

Tonton:

Baca:

Harimau tiba-tiba sahaja muncul semasa tebang pokok, seolah beri petanda…

Kecoh harga sebuah RXZ dijual RM70 Ribu, ini penjelasan pemilik

Tengah leka panjat bukit, wanita terjumpa batu bernilai RM91,917, rezeki!