Beberapa ekor ular selamba “melepak” di bilik laundry wanita ini

Beberapa ekor ular selamba “melepak” di bilik laundry wanita ini. Biasanya jika jumpa seekor ular dalam rumah pun sudah cukup membuatkan kita gentar dan takut, apatah lagi jika jumpa beberapa ekor sekaligus.

Wanita Alami Saat Mengerunkan, Beberapa Ekor Ular Ditemui ‘Menakluk’ Bilik Laundry Di Rumahnya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Kylie Coates berdepan dengan detik yang sangat menakutkan apabila menemui beberapa ekor ular pokok berada di bilik laundry di rumahnya.

Beberapa ekor ular selamba "melepak" di bilik laundry wanita ini

Di dalam video perkongsiannya, boleh dilihat sekurang-kurangnya empat ekor ular sedang bermaharajalela di ruang laundry di rumahnya yang terletak di tepi pantai Bluewater di Townsville, Queensland.

“Adakah ini pesta ular pokok yang sedang berlaku di bilik cucian lama kita?” tanya Kylie Coates kepada sekumpulan penangkap ular di media sosial.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa gerun dan melihat video ular-ular tersebut. Seorang netizen memberikan komen agar wanita itu terus tinggalkan rumahnya kerana rumah itu sudah ditakluk oleh ular-ular itu.

“Mereka memiliki rumah itu sekarang, kemas beg anda dan tutup pintu di belakang anda”.

“Masa untuk jual ataupun pergi,” kata yang lain.

Seorang netizen lagi memberitahu bahawa rakaman video yang menakutkan itu akan menyebabkan dirinya bermimpi buruk.

VIDEO:

‘Wow! Sekarang saya sudah melihat gambar ini pada pukul 11.30 malam, saya pasti mengalami mimpi buruk mengenai ular malam ini.’ tulis Nancy Callaghan.

Tonton:

Baca:

Dulu pernah jadi ratu cantik, kini pemandu treler 44 tan

Tumpuan China kini ke arah Metaverse, cecah RM33 Billion nilai pasaran

“Sebijik dengar suara macam Sudirman”, netizen tergamam dengar nyanyian anak muda ini