“Baru keluar kedai kereta dah rosak, Honda pulak kata tak boleh claim RM13K”

Sudah tanya kawan-kawan sekeliling, semua rasa perkara ini mesti berkongsi untuk menuntut hak sendiri and supaya kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain.

Kronologi peristiwa

[29/1/2024]
Hantar kereta ke Honda Ban Lee Heng Melaka untuk service jarak 20,000 km. On the way balik, nampak ikon suhu berkelip. Buka boot, temui tangki radiator kosong, eh baru siap service saja kenapa kering ni? Service center suruh bawa balik. Lima mekanik check kereta itu tau, semua kata takda masalah. Top up coolant, balik.

"Baru keluar kedai kereta dah rosak, Honda pulak kata tak boleh claim RM13K"

[30/1/2024]
Kereta masih ok sampai petang. Malam sebelum naik KL, check sekali lagi paras coolant dalam tangki radiator, kosong pula! Tak berani nak bawak kereta tu, pakai kereta mak dululah. Pada masa yang sama, aku complain juga kat Honda Malaysia, dia kata akan tolong siasat.

[31/1/24-6/2/24] – Kat luar negara, tiada peluang untuk follow up

[7/2/2024] – selepas 1 minggu
Pagi aku panggil towing bawa kereta ke service center untuk checking. Petang Encik Amir dari service center habak ada campuran air dan minyak dalam enjin, kata enjin sudah rosak dan perlu hantar claim untuk warranty. Terkejut betul! Takpe, janjinya Honda settle masalah ni.

[14/2/2024] – selepas 2 minggu
Service center kata claim kena reject. Dia juga hantar quotation, suruh bersedia untuk bayar sendiri kos baiki, RM13,114.25. Terkejut sekali lagi, 13 belas ribuuuu!!! Aduh, kereta berusia tak sampai 1 tahun masuk bengkel dua kali. (Kali pertama pada bulan Julai 2023, radiator bocor terkena batu, nasib baik masa tu insurans cover dan kereta dibaiki oleh Yong Ming Honda JB.)

[26/2/2024] – selepas 1 bulan
Encik Faizol dari Honda Malaysia kata kes ini tak boleh claim bawah warranty sebab enjin sudah rosak pada bulan Julai 2023. Dia kata berdasarkan report dihantarkan oleh Yong Ming Honda JB pada bulan Julai 2023 yang menyatakan “engine overheat”, dia boleh membuat kesimpulan bahawa enjin sudah rosak masa tu. Kelakar betullah, tiga perkara yang lucu di sini, kalau enjin sudah rosak 6 bulan sebelumnya:

1) takkan pomen dari Yong Ming Honda JB tak dapat cari kerosakan itu, hanya tukar radiator yang bocor, kemudian biar aku bawak balik kereta tu? Eh, bahaya ni…

2) macam mana aku masih boleh bawak kereta tu untuk lebih kurang 14 belas ribu km? Eh, kereta solar ke?

3) kenapa pomen dari Honda Ban Lee Heng Melaka tak pernah pun sebut apa-apa semasa aku buat service untuk jarak 10,000 km dan 20,000 km? Eh, inspection untuk apa?

[28/2/2024]
Honda Malaysia kata nak tutup kes ini meskipun aku sudah menegaskan keputusan siasatannya terlalu melulu. Dia suruh aku cuba claim insurans atau terima 30% diskaun dari Honda Ban Lee Heng Melaka. Selain itu, dia kata warranty untuk enjin akan dikira “void”. Apasal pula??? Kedua-dua kali pun repair kat dia punya dealer, bukan bengkel luar pun! Macam ni pun boleh?

[6/3/2024] – selepas 1 bulan lebih

Memang tak puas hati dengan keputusan Honda Malaysia, aku pergi JB dengan sengaja (dari Melaka tau) untuk menjelaskan statement dari Yong Ming Motor Honda JB. Service manager sana menerangkan itu bukan maksudnya, “overheat” yang dia tulis adalah berdasarkan narasi aku mengatakan ikon suhu menyala, bukan bermaksud enjin sudah rosak. Selepas tu, mereka pun dah buat checking yang teliti baru biar aku bawak balik kereta tu. Yang pentingnya, mengikuti Yong Ming, Honda Malaysia tidak pernah call mereka tentang statement itu semasa siasatannya, then terus buat kesimpulan yang tidak menyeluruh. Adilkah?

[11/3/2024]
Adjuster insurans kata kes ini tidak akan diterima. Dia pun gelak semasa aku bagi tau dia siasatan Honda Malaysia yang kata enjin sudah rosak 6 bulan sebelumnya dan masih boleh jalan lagi 14 belas ribu km. Pertama kali dia dengar benda ini dalam kehidupan kerjayanya menjangkaui 20 tahun.

[13/03/2024] – selepas satu setengah bulan
Aku sudah letih bertengkar dengan Honda Malaysia, susah juga nak pinjam kereta orang lain tiap-tiap hari. Terpaksalah bayar sendiri RM7961.45 (selepas diskaun) untuk repair keretaku.

[28/03/2024] – selepas 2 bulan = hari ini
Sudah dua bulan lebih, akhirnya kereta keluar dari bengkel Honda Ban Lee Heng Melaka. Terkecewalah dengan Honda Malaysia kali ni.

Tuan-tuan dan puan-puan, harap boleh tolong share supaya Honda Malaysia boleh mengendali kes ini semula secara adil dengan menanggung kos baiki dan memberi kembali warranti 5 tahun untuk enjin.

Tolong juga kongsi bagi kawan-kawan anda supaya mereka beri perhatian apabila berurusan claim dengan Honda Malaysia. Terima kasih untuk membaca artikel ini.

Sumber: Heinrich Tan

Baca juga: Keluarga terkejut jumpa botol tertanam dalam kubur mak ayah, ada kain putih lagi