BANJIR RAUB: 21 mangsa dipindahkan ke PPS

BANJIR RAUB: 21 mangsa dipindahkan ke PPS. Seramai 233 mangsa daripada 78 keluarga berada di enam pusat penempatan sementara (PPS) di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Jerantut dan Raub setakat jam 8 pagi, hari ini.

Berbanding petang semalam, seramai 339 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di enam PPS di Kuantan dan Jerantut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, Raub daerah terbaharu yang merekodkan pemindahan mangsa banjir, hari ini.

Ia membabitkan 21 mangsa daripada lapan keluarga yang dipindahkan ke PPS Balai Raya Ulu Sungai, Raub.

Di Kuantan, 200 mangsa daripada 65 keluarga yang berada di empat PPS manakala 12 mangsa daripada lima keluarga di sebuah PPS di Jerantut.

Sementara itu, data dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, tiga sungai di Pahang masih mencatat bacaan melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran pula merekodkan air sungai melepasi paras amaran.

Lapan sungai pula merekodkan paras air sunfai melepasi Sungai Belat di Seri Damai di Kuantan; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor , Kuantan; Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran; Sungai Bera di Jambatan Sungai, Bera; Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Selain itu, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut.

BACA JUGA:

MU diselamatkan oleh Rashford, Sancho ketika menentang Leeds United di Old Trafford

Seorang Wanita rela tak berkahwin, jaga ibu terlantar serta adik OKU

Operasi bersepadu selamatkan pengemis serta ‘Palauh’ di Bandaraya Kota Kinabalu akan diperluas lagi