Auni Seorang Anak Kecil Tetapi Berjiwa Besar, Lihat Aksi Yang Dilakukan Untuk Ayah

Auni Seorang Anak Kecil Tetapi Berjiwa Besar, Lihat Aksi Yang Dilakukan Untuk Ayah. Setiap pekerjaan di dunia ini pasti ada peranannya yang tersediri.

Lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha ibu bapa dalam memberi nafkah untuk keluarga yang di tanggung. Bagi seorang anak, walau apa pun pekerjaan halal dan berkat yang ibu bapa lakukuan, tidak perlu rasa malu malah berbangga lah dengan hasil usaha dan kepenatan mereka dalam mencari rezeki.

Bagi anak ini, walaupun usianya masih kecil namun tetap bangga dengan pekerjaan bapanya. Malah tidak malu memiliki kerjaya ‘pekerja pembersihan’ ketika pertandingan pakaian beragam sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya baru-baru ini.

Auni Seorang Anak Kecil Tetapi Berjiwa Besar, Lihat Aksi Yang Dilakukan Untuk Ayah

 

@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Itulah reaksi Nur Auni Awatif Mohd Anuar, 8, ketika ditanya bapa, Mohd Anuar Muhammad Yusop, 41, mengapa memilih memakai baju kerja bapanya pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya sempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya, di sini, pada 30 November lalu.

Kisah Nur Auni Awatif yang memakai baju kerja bapanya bekerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.

Menceritakan kisah itu, ibunya, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata anaknya memilih memakai pakaian itu kerana menghargai kerja suaminya walaupun cita-citanya mahu menjadi chef.

Guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) itu berkata, anak bungsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.

“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dan rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.

“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastic sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya.

Nor Fadilah berkata, mereka pada mulanya meminta anak bungsu itu memilih kerhaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.

“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tidak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.

Sementara itu, Mohd Anuar berkata, dia terharu dan tidak sangka dengan reaksi Nur Auni Awatif kerana anaknya itu masih kecil.

“Itulah antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.

“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.
Saya bersyukur Auni dan dua kakaknya sangat memahami kehidupan sederhana kami,” katanya.

BACA JUGA:

Setelah Keguguran, Elizad dan Suami Papar Bahagia

‘Semput dibuatnya…’ – Netizen hangin aksi Da’i Syed dan Isteri

Bermula Disember Ini, Rakyat Malaysia Segera Tuntut Bantuan Automatik RM700