Apa rahsia lantai rumah orang India sentiasa berkilat

Banyak yang tertanya-tanya mengenai keadaan lantai rumah kaum India di Malaysia yang selalunya kelihatan bersih dan berkilat hampir setiap hari.

Menurut perkongsian seorang guru dan mualaf, Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, 37, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param dalam sebuah program podcast, kaum India mempunyai rutin penyapuan dan pengepelan lantai yang sangat kerap.

“Masyarakat India ini, apabila bangun pagi, tugas pertama yang mereka lakukan adalah menyapu dan mengepel lantai. Ia adalah suatu keharusan. Mereka melakukan proses ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari,” jelas Cikgu Param.’

Beliau menerangkan bahawa penyapuan dan pengepelan dilakukan pada waktu pagi, tengah hari selepas makan, dan sekali lagi selepas pukul 7 malam. Bagi mereka yang lebih rajin, mereka akan melakukan proses tersebut sebelum tidur juga.

Cikgu Param juga menegaskan bahawa semua agama mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan tempat tinggal. Menurutnya, kebersihan rumah tidak hanya berkaitan dengan kesihatan fizikal tetapi juga membawa rezeki yang berlimpah.

Pengguna TikTok turut bersetuju dengan perkongsian tersebut. Salah seorang pengguna, Azirul, berkongsi pengalaman apabila berkunjung ke rumah pelanggan kaum India yang amat bersih dan teratur.

Turut berkongsi pengalaman, pengguna TikTok lain, Pooja Kajal, menceritakan rutin harian ibunya yang melibatkan penyapuan lantai berulang kali dalam sehari. Menurutnya, ibunya mempunyai sikap obsessif kompulsif (OCD) terhadap kebersihan, bahkan ketika mereka berjalan-jalan atau bercuti.

Baca Juga : Rumah ada swimming pool, gaji baru 5k sebulan apa dia buat, rupanya sekali kantoi habis