Angkut penyokong 4 bas, Najib gelabah?

Menjelang hari penentuan kes SRC International Sdn Bhd terhadap Datuk Seri Najib Razak, sebanyak empat bas penyokong dari Parlimen Pekan akan turun ke Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Shahrim Md Zain berkata, rombongan itu bagi menyatakan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri itu sama ada disabit atau dibebaskan dalam penghakiman esok.

Selepas hampir dua tahun satu bulan kes perbicaraan berlangsung, nasib bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bakal ditentukan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada tarikh 28 Julai (Selasa).

Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 750 eksibit dikemukakan termasuk dokumen bank, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menjadi tumpuan esok atas keputusan yang dijangka diumumkan sekitar jam 10 pagi Selasa.
Hakim Mohd Nazlan pada 5 Jun lalu menetapkan 28 Julai sebagai tarikh keputusan kes selepas mendengar hujah kedua pihak di akhir pembelaan pada 1 Jun lalu.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/07/27/parlimen-pekan-bawa-4-bas-penyokong-najib-esok/