Aksi pertengkaran suami isteri jadi bualan netizen, dihempuknya kepala suami dengan helmet

Aksi pertengkaran suami isteri jadi bualan netizen, dihempuknya kepala suami dengan helmet. Aksi pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia.

Kerana memaparkan si suami yang dipukul menggunakan topi keledar sehingga bajunya koyak, lapor laman Berita Hits hari ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di wilayah Jawa Tengah itu, mereka dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Aksi pertengkaran suami isteri jadi bualan netizen, dihempuknya kepala suami dengan helmet

Lelaki itu tidak melawan, sebaliknya hanya cuba mengelak daripada dipukul dengan menghalang menggunakan tangannya.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan keadaan itu dan terus membelasah lelaki tersebut menggunakan topi keledar pada anggota badan yang lain.

Video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut ketika itu.

Isteri belasah suami guna helmet, baju pun koyak sekali

Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu.

Video:

Tonton:

Baca:

Teruk kena boikot, kini Russia benarkan guna perisian cetak rompak

Penggodam Ukraine umur 22 tahun dihadap ke mahkamah Amerika

Sisi gelap industri Takaful dan insurans yang ramai tidak tahu

[/bg_collapse]