Akaun telegram Perdana Menteri digodam

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.

“Individu yang sudah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Akaun telegram Perdana Menteri digodam

 

BACA JUGA :

Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat

Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri

Ismail Sabri beri bayangan PKP akan kembali, varian Omicron makin mengganas