Agak-agak la awak tu tinggal flat bukan kondo

Tindakan berani sebahagian kecil penghuni unit di flat kos rendah yang memasang pagar mengelilingi kawasan rumah menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk sekitar.

Perkongsian oleh kumpulan Facebook Warga Wilayah memaparkan keadaan rumah flat yang dipasangi pagar tersebut telah mendapat kecaman hebat dari orang ramai.

Terdapat sindiran dan gambaran negatif terhadap penduduk kawasan tersebut, dengan sebutan “B40 tapi cita rasa T20,” yang turut menjadi perbualan dalam ruang komen.

Agak-agak la awak tu tinggal flat bukan kondo

Coretan di dinding rumah tersebut menyatakan, “Duduk di flat tapi cita rasa kondo.”

Pengguna media sosial secara umumnya menyuarakan ketidakpuasan hati dan rasa marah terhadap sikap sebahagian kecil penduduk di flat kos rendah tersebut.

Mustafa Kamal Ramli menulis, “Pihak berkuasa perlu membuat pemeriksaan berkala dan buka binaan sebegini kerana menyusahkan masyarakat.”

Seorang pengguna media sosial bernama Deinneise Nordin menyatakan bahawa kebanyakan penghuni flat kos rendah di kawasan tersebut bersikap tidak bertimbang rasa.

“Mentaliti mereka yang tinggal di flat kebanyakannya cenderung untuk menitikberatkan kepentingan diri sendiri. Mereka cenderung untuk membuat keputusan hak sendiri tanpa mengambil kira kepentingan bersama. Malah, masalah tempat letak kereta pun menjadi isu di mana mereka ingin mengawal semuanya,” jelasnya.

Baca Juga : Rasuah RM 1 Bilion : Akhirnya Muhyiddin buka mulut