10 tan emas dalam pencarian pemburu harta karun ini

10 tan emas dalam pencarian pemburu harta karun ini. Pemburu harta karun yang menggali emas milik tentera Nazi menemukan sebuah tong logam yang boleh memuatkan empat tan harta karun dengan anggaran 200 juta pound (RM1.07 bilion).

Kanister sejak zaman Perang Dunia Kedua itu mempunyai ukuran tiga meter dengan panjang 1.2 ke 1.5 meter serta diameter 0.5 meter, lapor Daily Mail.

Penemuan itu dibuat menggunakan carian radar geo konservatori terbiar di Istana Abad ke-18 di Kampung Minkowskie, selatan Poland.

Kerja-kerja penggalian bermula sejak Mei tahun lalu di istana yang digunakan Hitler sebagai rumah pelacuran.

Penyelidik berharap dapat menemukan 10 tan emas bersama barangan berharga lain di kawasan itu.

10 tan emas dalam pencarian pemburu harta karun ini

Harta karun itu dicuri atas arahan Heinrich Himmler menjelang akhir Perang Dunia Kedua untuk menubuhkan Reich Keempat.

Harta karun itu merupakan koleksi peribadi orang kaya Jerman yang tinggal di rantau ini dan menyerahkan harta benda mereka bagi melindungi diri daripada dirompak pihak tentera.

Antara objek lain yang ditemukan adalah lambakan dokumen seperti surat dari pegawai kanan kepada seorang wanita yang bekerja di istana yang merupakan kekasihnya.

Lokasi tersebut didedahkan melalui dokumen rahsia diari pegawai dan peta berusia lebih 1,000 tahun lalu yang diterima oleh pemburu harta karun.

Istana Minkowskie adalah lokasi pertama dari 11 tapak di seluruh Lower Silesia yang dikenal pasti dalam diari yang dicatatkan dengan tulisan pensel.

Pencarian harta karun itu diketuai oleh Roman Furmaniak dari Yayasan Silesian Bridge.

BACA:

Ini panduan mahu jimat gas jika rebus nasi impit

Guna 2 bahan ini, kucing dah tak berak merata

Tubuh sudah keluar ulat tapi anak masih mahu ayah dirawat, doktor terkejut bila tahu puncanya