TERKINI : Bung, Hajiji dan Jahid berebut ke Istana Negeri Sabah

Mesyuarat menentukan Ketua Menteri Sabah yang baharu, hari ini masih ‘tergantung’ kerana tiada wakil dinamakan untuk jawatan itu.

Datuk Seri Bung Moktar Radin dari kem Barisan Nasional ketika ditemui di luar bilik mesyuarat memaklumkan akan ke Istana Negeri bersama Datuk Hajiji Noor dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Jahid Jahim dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Selain itu, pemimpin kanan GRS, PN dan BN juga turut dilihat keluar dari bilik mesyuarat berkenaan.

Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/624863/prn-sabah-bung-moktar-hajiji-ke-istana-negeri-pula