Selepas tiga bulan menyulam cinta, penyanyi dan komposer, Cat Farish sah bergelar suami kepada kakak Emma Maembong iaitu Shikin Maembong dengan sekali lafaz pada jam 9.07 malam, Khamis.
Memetik Sinar Harian, pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Mohd Shukri Shafie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat serta teman media itu, Shikin menerima mas kahwin sebanyak RM200 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Shikin menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tiga dulang oleh Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49 tahun.
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Cat dan Shikin.
Shikin sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Nadzri Redzuwan iaitu anak cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014.
Baca : PANAS!!! Anak Pelakon Lelaki Terkenal Sanggup Lakukan Adegan ‘PANAS’ Demi Kerjaya
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Putri Arianna Natasya, 8, dan bercerai pada Jun 2016.
Cat yang pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli pada Julai 2007, namun perkahwinan itu berakhir pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12 tahun.
Pelakon itu juga pernah berkahwin buat kali kedua pada November 2020, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun.
Baca Selanjutnya :
Fattah Amin Cuba ‘Disondol’ Pelakon Wanita Lain? Fazura Respon “Nak Buat Macam Mana, Suami Helok”
Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki