Spesies cicak baharu, sisik berbintik kuning emas ditemui saintis!!
Para saintisi telah menemui seekor spesies cicak baharu di Kawasan semula jadi yang dilindungi di Kawasan Cusco, tenggara Peru.
“Taman Negara Otishi mendedahkan spesies baharu cicak kepada dunia sains,” kata Perkhidmatan Kebangsaan Kawasan Alam Semula Jadi dilindungi dalam satu kenyataan.
Spesies baharu yang dinamakan ‘Proctoporus titans’ ditemui di pergunungan Andes pada ketinggian 3,241 meter (10,600 kaki).
Cicak berwarna kelabu gelap itu mempunyai bintik-bintik kuning dan emas di sisi badan kepalanya.
Ia mempunyai ekor lebih panjang selain sisik dorsal beralur dan sisik prefrontal.
Taman negara Otishi adalah kawasan dilindungi yang terletak di wilayah Cusco dan Juni serta meliputi 756,000 ekar (305,942 hektar) hutan pergunungan.
BACA JUGA :
Elak basi.. Cara Simpan Parut Kelapa Tahan 3 Bulan!!
3 produk baharu yang boleh beri manfaat kepada seisi rumah!!