Tidak dinafikan ramai orang suka menternak ayam kerana mahu mendapatkan telurnya dan juga untuk dijual bagi mencari pendapatan.
Oleh itu, kalau ternak ayam tapi kemudian tidak bertelur kadang-kadang akan membuatkan penternaknya merasa kecewa dan bengang seperti yang berlaku kepada lelaki ini.
Gara-gara bengang dengan ayamnya yang tidak bertelur selepas bertahun tahun, seorang lelaki membuat keputusan untuk menyembelih ayam tersebut untuk dijadikan lauk makanan.
Tapi kemudiannya dia terkejut besar apabila menemui sesuatu yang aneh di dalam perut ayamnya.
Selepas menyembelih ayamnya, lelaki in menemui satu benda seberat 70g yang berbentuk bujur dan lebih besar daripada telur itik.
Permukaan benda itu pula terasa keras seperti batu dan berwarna coklat kekuningan.
Dia bagaimanapun tidak tahu apakah sebenarnya benda tersebut dan kemudian mengambil gambar dan bertanyakan rakan-rakannya.
Rupanya-rupanya benda tersebut merupakan harta karun yang tersembunyi dalam perut ayam dan dianggarkan bernilai mencecah ribuan ringgit.
Benda itu ialah “Chi Bao” atau .lebih dikenali sebagai “‘harta karun ayam”,. Dikatakan ianya hanya muncul pada sel telur yang sakit tapi hanya segelintir ayam yang memiliki benda tersebut.
“‘Harta karun ayam’ yang juga kadangkala disebut empedu ayam itu boleh mencecah ratusan ringgit per gram, lanya sering digunakan bat herbal di negara China.
Berita Penuh : https://nangtime.com/sembelih-ayam-untuk-elak-rugi-sebab-ia-tidak-bertelur-lelaki-tergaman-jumpa-benda-bernilai-ribuan-ringgit/?fbclid=IwAR0-_EzkSlmPAefyXzcx6fN6tSi6RNUk-s4gB3DebC8YHBWZ8789vLDupKI