Remaja Palestin 14 Tahun ditembak mati oleh Tentera Israel. Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 14 tahun dalam serbuan di Tebing Barat yang mencetuskan perbalahan dengan penduduk di kawasan itu.
Saksi dan anggota perubatan, berkata remaja lelaki itu ditembak mati di kem pelarian Dheisheh berhampiran Beit Laham ketika perbalahan berlaku antara tentera Israel dan penduduk yang membaling batu.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mangsa turut terbabit dalam perbalahan itu.
Tentera berkata, anggotanya melepaskan tembakan selepas penduduk menyerang menggunakan batu, bom botol, dan alat letupan buatan sendiri.
Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat sejak Israel meningkatkan kawalan ketenteraan di situ tahun lalu.
Sebelum ini, Kementerian Luar Palestin mengutuk pembunuhan seorang lelaki Palestin oleh tentera Israel di sebuah pusat pemeriksaan di Tebing Barat.
Kementerian itu mengecam ‘tindakan kejam’ terhadap Ahmad Kahla, 45, yang ditembak mati oleh tentera rejim Zionis berhampiran perkampungan Silwad di utara Ramallah.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Kahla ditembak di bahagian leher, manakala tentera Israel pula memaklumkan tiada anggotanya yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Anak lelaki mangsa, Qusai Kahla, memberitahu AFP bahawa beliau bersama ayahnya berada dalam kereta ketika ditahan di pusat pemeriksaan terbabit.
BACA JUGA :
Ketuai mogok, dua warga asing ditahan di Genting Highlands
”Kerajaan perlu bentang pelan tindakan, tangani krisis kesihatan dalam negara” – Azrul Mohd Khalib
Wakil kerajaan negeri tidak dijemput, Datuk Awang Hashim kesal