Sejak mula telefon pintar, aplikasi WhatsApp sudah menjadi aplikasi yang sangat sinonim untuk tujuan permesejan atas talian. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aplikasi Telegram muncul dalam memberi saingan kepada WhatsApp.
Kehadiran Telegram yang dilihat lebih fleksibel dan menawarkan lebih banyak fungsi membuatkan orang ramai turut menggunakan kedua-dua aplikasi ini.
Terbaharu, pengasas Telegram, Pavel Durov telah melancarkan ‘perang’ terhadap aplikasi WhatsApp dengan menyeru orang ramai untuk membuang aplikasi WhatsApp daripada telefon pintar yang diguna. Semua ini disebabkan terdapat isu melibatkan gambar dan mesej yang dihantar di WhatsApp telah digunakan dan diterima oleh pihak ketiga.
Kenyataan ini dikuatkan lagi melalui dengan kenyataan pengasas WhatsApp, Brian Acton yang mengatakan apabila WhatsApp dijual kepada Facebook, secara tidak langsung privasi pengguna juga turut dijual. Isu ini sudah pastinya membuatkan orang ramai tidak senang untuk menggunakan WhatsApp secara bebas.
Walau bagaimanapun, WhatsApp melalui kemas kini terbaru telah memastikan isu melibatkan privasi ini tidak lagi berlaku sekaligus menyeru orang ramai untuk mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada versi terbaru.
Bagaimana pula dengan kegunaan aplikasi permesejan seharian? Adakah anda lebih kerap menggunakan Telegram yang lebih fleksibel atau WhatsApp yang mempunyai lebih banyak pengguna?
Berita Penuh : https://www.thevocket.com/pengasas-telegram-mahu-anda-buang-aplikasi-whatsapp-sebelum-perkara-buruk-berlaku/