Pengantin wanita menangis malu, hidangan katering 700 orang jadi untuk 50 orang saja.
Zaman yang serba moden ini, ramai pasangan pengantin yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan katering berbanding bergotong-royong bersama ahli keluarga dan penduduk kampung menyediakan juadah untuk majlis perkahwinan.
Penggunaan khidmat katering secara tidak langsung dapat meringankan beban pihak keluarga pengantin malah dapat menjimatkan masa.
Namun, lain pula yang terjadi kepada satu pasangan pengantin ini apabila pihak katering didakwa menipu mereka dengan mengurangkan jumlah makanan seperti mana yang telah dipersetujui.
‘Hari paling palit’
Menerusi luahan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Norafiza di laman TikTok, tampil menceritakan satu mimpi buruk yang menimpa mereka sekeluarga berikutan pihak katering dipercayai menipu mereka.
Hari kebahagiaan bertukar kesedihan. Tragedi paling sedih untuk saya dan family saya.
Dakwa wanita ini, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu yang lalu (4/6/2022) apabila tempahan makanan bagi menjamu 700 tetamu yang hadir tidak dapat disediakan oleh pihak katering. Lebih menyakitkan hati, makanan yang dihantar hanya mampu dihidangkan kepada 50 orang sahaja.
Tak expect boleh jadi, bila jadi depan mata menangis tak berhenti. Semoga Allah membalas di sana
Order 700 pax yang sampai kurang 50 pax.
Kecewa dengan tindakan katering, pengantin wanita tidak dapat menahan kesedihan sebelum ditenangkan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian.
Ketika artikel ini ditulis, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini dan meminta supaya dia melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sayu hati, majlis hancur huru-hara disebabkan bridal yang macam hanat.
@nurulnorafizaHari yang paling takkan lupa dan paling pahit untuk saya😌🥲😭♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band
BACA:
Fify Azmin buat laporan polis penipuan bekas PA, ini jawapan balas wanita tersebut
Jawatan kosong kerani seluruh Malaysia, ini cara mohon
Nora Danish ‘bergaduh’ dengan Puteri Zarith, rupanya ini yanng terjadi