Jika anda selalu bermain media sosial, pasti pernah melihat konten di mana content creator menyoal harga outfit yang dipakai oleh seseorang pada ketika itu.
Jadi, ramailah individu yang mendedahkan harga pakaian dan barangan yang dipakai sehinggakan ada harga yang kedengaran tidak masuk akal untuk orang biasa.
Baru-baru ini, seorang content creator di TikTok telah menemu ramah seorang individu yang berada di sekitar The Garden Mall. Dia lalu menyoal berapakah harga keseluruhan outfit dari badan hingga lah ke kaki kepada seorang lelaki di situ.
Pemuda yang baru berusia 22 tahun lalu menyenaraikan keseluruhan barang yang dipakai dari rantai hinggalah ke selipar yang dipakai. Walaupun nampak simple, kesemua barangan yang dipakai merupakan daripada jenama mewah seperti Dior, Bulgari, Hermes dan Bell&Ross.
Jumlah keseluruhan harga outfit yang didedahkan sangat memeranjatkan buat penemu ramah dan juga netizen yang menonton kerana mencecah hampir RM1 juta.
@samwongsx 22岁 RM900k 穿搭! 22 y/o with RM900k outfit in Malaysia! 【目前最贵穿搭!】 久违穿搭多少钱系列回来了!!这一次在 The Gardens 随机访问两位大马小哥哥,猜猜看他们的穿搭一共多少钱呢? How much is your outfit worth series is back! This time at The Gardens I interviewed 2 of them, guess how much is their total outfit worth? 目前这组穿搭,是我目前访问最贵的穿搭!!谁可以来挑战他们的穿搭呢?THIS IS THE RECORD BREAKING OUTFIT #streetinterview #interview #streetinterviews #吉隆坡 #kualalumpur #马来西亚 #malaysia #穿搭 #每日穿搭 #fyp #foryoupage #samwongsx #samwong #街访 # ♬ original sound – Sam Wong
Walaupun barangan dan pakaian yang diperagakan datang dari jenama terkemuka, netizen bagaimanapun berpendapat individu terbabit sememangnya tiada class kerana masih kelihatan seperti orang biasa sahaja dan murahan.
Ramai merasakan pembelian barangan berjenama merupakan suatu pembaziran jika tidak pandai digayakan dengan tepat. Hal ini kerana ramai individu di luar sana yang membeli sesuatu barangan atau pakaian kerana jenama semata-mata namun tetap gagal berimej kelas atasan seperti yang diharapkan.
Baca: Sekali lagi Facebook turunkan gambar Anwar bersama Ismail Haniyeh