Paris 2024, mengundang kontroversi apabila membenarkan 2 petinju yang dilaporkan memiliki biologi asal lelaki bertanding dalam acara wanita.
Petinju Algeria, Imane Khelif dan Lin Yu-Ting dari Taiwan pernah dibatalkan penyertaan dalam acara wanita pada tahun lalu selepas mereka didapati memiliki kromosom XY.
Tetapi, kedua dua petinju itu dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik oleh IOC dalam kategori wanita. Ini kerana kedua dua mereka memiliki kadar terstosteron yang lulus untuk acara wanita.
Tindakan itu dianggap memberikan risiko kepada petinju wanita yang lain.
Netizen kemudian berkongsi video rakaman aksi Imane Khelif ketika menentang lawannya, Brianda Tamara pada Disember 2022.
Di mana Imane Khelif dilihat memiliki kekuatan luar biasa berbanding Tamara. Selepas pertarungan itu Imane Khelif telah dibatalkan penyertaan dalam acara wanita.
Dan Tamara sempat memberikan komen: “Tumbukan Khelif terlalu kuat membuatkan saya hilang kawalan. Saya tak pernah merasai pengalaman seperti itu sepanjang karier saya selama 13 tahun, walaupun berlatih dengan petinju lelaki di pusat latihan.
“Mujur saya dapat keluar dari gelanggang dengan selamat. Dan ianya benar benar melegakan kerana akhirnya mereka [jawatankuasa] sedar.”
Imane Khelif dan Yu Ting kemudian diharamkan daripada beraksi dalam Kejohanan Tinju Dunia Wanita pada Mac 2023 di New Delhi.
Ianya susulan daripada ujian DNA yang dijalankan bagi mengesahkan jantina sesetengah petinju yang mengambil bahagian.
Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) ketika itu, Umar Kremlev dalam kenyataannya mengesahkan Khelif dan Yu-Ting mempunyai kromosom XY.
Algeria membuat bantahan dan menuduh IBA terlibat dalam konspirasi tidak mahu melihat negara itu memenangi emas acara tersebut.
Temasya Paris 2024, kedua dua petinju itu dibenarkan beraksi kerana IBA telah disingkirkan daripada menganjurkan acara tersebut.
Baca : Ada fungsi rupanya butang aircond ‘tersembunyi’ dekat kereta ini, ramai tak guna