Nak anak jadi kreatif? Ini 5 tips orang Jepun didik anak jadi kreatif

Nak anak jadi kreatif? Ini 5 tips orang Jepun didik anak jadi kreatif.

Bila cakap tentang orang Jepun, automatik dalam pemikiran kita akan nampak satu negara yang maju, negara yang bersih. Negara mereka boleh jadi begitu tidak lain kerana rakyatnya yang berdisiplin dan sudah pasti mempunyai pemikiran yang KREATIF.

Jika dibandingkan dengan negara – negara lain, rakyat Jepun boleh dikatakan berada dalam kelas yang pertama. Apakah rahsia mereka dalam mendidik rakyat untuk jadi BIJAK – BIJAK belaka?

Di sini kami kongsikan antara 5 cara orang Jepun mendidik anak – anak mereka supaya menjadi seorang yang kreatif sejak kecil.

1. BERIKAN KATA – KATA YANG POSITIF

Dalam waktu yang tenang seperti waktu tidur, ianya adalah waktu yang terbaik untuk kita sampaikan kata – kata yang baik, positif kepada anak. Ianya perlu bermula sejak anak masih bayi lagi. Walaupun kita sangka anak tidak memahami apa yang kita sampaikan, tetapi sebenarnya AURA itu sampai kepada mereka.

2. BIASAKAN MEREKA DENGAN KERTAS DAN PENSEL WARNA

Biarkan anak bebas menconteng kertas walaupun pada peringkat awalnya tidak nampak apakah gambaran sebenar apa yang mereka nak hasilkan, kerana melalui aktiviti lukisan mampu meningkatkan kemahiran motor halus (fine motorskill) dan juga merangsang OTAK KANAN mereka yang mana sangat bagus untuk meningkatkan kreativiti anak – anak.

3. JANGAN TENGKING ANAK

Sekiranya anak membuat kesilapan sekalipun, janganlah sesekali menengking mereka dan melepaskan kemarahan secara tiba – tiba tanpa penjelasan yang membuatkan mereka faham. Ini akan membuatkan anak lebih MEMENDAM rasa seterusnya menghalang mereka untuk mencuba perkara baru kerana sudah KURANG KEYAKINAN dalam diri, lebih – lebih lagi apabila nak berhadapan di khalayak ramai.

4. GUNAKAN TEKNIK IMAGINASI

Perasan tak, anak – anak kecil ni sangat gemar bercerita. Ini kerana tahap imaginasi mereka sangat tinggi. Sesetengah ibubapa ada yang tidak mengendahkan apa yang diceritakan oleh anak, akan tetapi janganlah kita berbuat sebegitu juga. Sebaliknya, jadilah pendengar yang baik untuk latih anak menyambung cerita mereka. Dari situ juga dapat melatih otak kanan mereka. Nak lebih baik, ibubapa juga boleh galakkan anak – anak untuk menyampaikan PELAJARAN/ nilai murni dihujung penceritaan mereka.

5. BERMAIN TEKA – TEKI

Aktiviti ini kelihatan santai, tetapi sangat bagus untuk mengaktifkan otak kanan anak untuk berfikir secara kreatif sekaligus menambah pengetahuan mereka juga.

Menarik, kan? Mudah rupanya caranya. Yang penting, ibubapa juga perlu BERI KERJASAMA untuk jadikan anak KREATIF ni. Malahan ibu bapa juga boleh sertakan anak-anak dalam kelas seni.

BACA JUGA:

Para pemain MU menolak Greenwood bermain bersama mereka, risau jejaskan rentak MU

PGIRM desak kerajaan benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar

AMARAN HUJAN: 4 negeri diramal hujan berterusan