Kemunculan kelibat aktor kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin yang juga suami kepada aktres jelita, Rozita Che Wan di car boot sale di Kota Damansara hari ini membuatkan ramai terkejut dan tidak menyangka.
Zain Saidin jual baju Che Ta semua RM5!
Mana tidaknya, Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin dilihat menjual dan membuat lelongan semua baju terpakai milik isterinya di hadapan kereta dalam keadaan longgok.
Apa yang membuatkan orang ramai, terutama warganet terkejut adalah aktor berusia 39 tahun itu menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu serendah RM5 sahaja.
Dalam pada itu, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fybaharuddin sempat berseloroh dalam coretan kapsyen hantarannya.
@fybaharuddin Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
“Suami jual baju isteri,”selorohnya berserta emoji ketawa.
Seriuslah dia jual baju bini dia?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan masih tidak percaya melihat pelakon siri hiburan pendidikan Oh My English! menjual pakaian milik isterinya secara lelong.
Kena tidur kat luarlah nanti!
Tidak kurang juga ada yang melawak kerana tidak dapat membayangkan nasib Zain Saidin sekiranya diketahui oleh isterinya.
Nak kosongkan almari
Jual murah pun tak boleh beli
Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka berkemungkinan tidak dapat membeli meskipun dijual pada harga murah jika hendak dibandingkan dengan tubuh badan jelitawan berusia 50 tahun itu.
Baju dipakai sekali saja
Baca Selanjutnya :
- KEBETULAN? Kilang Mercun Di Thailand Dan India Meletup, 19 Nyawa Terbunuh, Malahan…
- SERAM ! : Lelaki Jumpa Botol Kaca Berbalut Kain Hitam Bersama Gambar, Dipercayai Perbuatan Syirik-Keluarga Empunya Gambar Akhirnya Muncul
- Tidak Puas Hati-Ibubapa Murid Sekolah Pasang Sepanduk, Gesa KPM Pindahkan Guru Besar Dan Guru Penolong Kanan