Seorang pengutip barang dilaporkan telah menemui bongkah batu yang menjadikannya kaya sekelip mata, lapor Tribun News.
Tiada sesiapa yang menyangkakan jika dirinya menjadi kaya secara tiba-tiba hanya kerana bongkah batu sahaja.
Terkadang hal terkecil dan dianggap remeh sekalipun menjadi penyebab hadirnya rezeki.
Menerusi laporan Bastille Post beberapa hari lalu, seorang pengutip barang dari Thailand telah menemukan sebuah batu misteri.
Setelah diperiksa dan dinilai, bongkah batu itu bukan sembarangan batu kerana ternyata itu adalah benda yang sangat berharga.
Kisah penemuan batu itu bermula apabila Surachit Songzhu sedang memungut sampah di wilayah Songkhla, Thailand.
Ketika itu, dia kebetulan sedang mengais sampah di pinggiran pantai dan secara tidak sengaja menemukan batu besar berwarna kelabu yang dihanyutkan oleh air laut.
Menurutnya, tekstur batu tersebut sangat aneh seperti lilin, jadi dia mengesyaki batu itu bukan batu sembarangan sehingga dia membawanya pulang.
Dia kemudian memberitahu rakan dan saudara-saudaranya. Seperti yang dicurigai olehnya, dia menyangka bahawa objek itu merupakan muntah ikan paus atau biasanya disebut sebagai ambergris.
Surachit dan rakan-rakannya memeriksa kesahihan objek tersebut dengan menggunakan kaedah mudah iaitu dengan membakar batu itu sehingga berbau. Jika menyegarkan dan harum, hasilnya merupakan ambergris.
Setelah ditimbang, bongkah batu itu mempunyai berat sehingga 37 paun.
Sekiranya dinilai sebagai produk yang baik oleh pakar, harga ambergris tersebut akan mencapai 537.500 pound.
Lelaki itu turut berkata bahawa dia kini sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu tersebut.
Ambergris adalah ‘produk’ kering dari ‘sperm whale’. Jika ia dimuntahkan, ia akan melayang di laut dan boleh bertahan selama 100 tahun.
Ia juga sering digunakan sebagai minyak pewangi dan bahan makanan khusus namun populasi nya mulai menurun.
Sumber: Tribun News
Baca : Sekali lagi Facebook turunkan gambar Anwar bersama Ismail Haniyeh