Lelaki berjaya dapat RM37,000 dalam akaun wang yang tak dituntut, ramai masih ada penama

Seorang pengguna Twitter, berkongsi perihal Wang Tidak Dituntut di mana sebahagian besar rakyat Malaysia masih tidak mengetahui tentang hal ini.

Dalam ciapan itu, individu tersebut berkongsi tangkap layar memaparkan sejumlah RM900 telah berjaya dituntut menerusi laman sesawang Jabatan Akauntan Negara.

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan seorang pengguna Twitter apabila memberitahu bahawa dia berjaya mendapatkan sejumlah Wang Tidak Dituntut berjumlah RM37,249.23.

Lelaki berjaya dapat RM37,000 dalam akaun wang yang tak dituntut, ramai masih ada penama

Pemuda tersebut yang menggunakan nama akaun @chiconazrul menjelaskan dia memperolehi wang tersebut selepas menuntutnya di laman eGUMIS.

“Pernah ‘claim’, masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, sangat membantu ketika itu,” ciapnya sambil berkongsi resit penerimaan Wang Tidak Dituntut (WTD) miliknya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial Twitter @deekay_V2 turut berkongsi kisah sama apabila mengetahui WTD miliknya telah mencecah lebih RM1,000.

“Terima kasih kerana berkongsi. Kali terakhir saya semak ada satu amaun sebanyak RM1.52 yang tidak dituntut pada 2012. Namun, apabila saya semak pagi ini, amaun tersebut bertambah lebih dari RM1,000,” tulisnya.

Pada masa sama, ada juga yang berkongsi tangkap layar jumlah WTD miliknya sekitar RM8,000.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan membuat seruan agar rakyat Malaysia membuat tuntutan wang mereka di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara.

Baca juga: Baru aku tahu kenapa arwah mak benci sangat dekat ayah, semua terbongkar bila baca diari..