Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang duit syiling dari tubuhnya setelah dia dipercayai menelannya semasa sedang bermain di rumah, lapor Daily Mail.
Kanak-kanak itu difahamkan telah dikejarkan ke hospital selepas dia mula muntah dan merasa mual.
Gambar imbasan X-ray menunjukkan objek bulat yang tersangkut di bahagian belakang tekak kanak-kanak itu.
Kejadian itu disedari setelah ibu bapa kanak-kanak itu membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Perubatan Nanning Tradisional Cina di wilayah Guangxi.
Kanak-kanak itu dipercayai telah tinggal di rumah bersama neneknya pada Jumaat lalu dan ketika itulah dia mengambil duit syiling satu yuan dari meja dan menelannya sebelum neneknya menyedari apa yang telah berlaku.
Bergantung kepada versi mata wang, duit syiling satu yuan biasanya berukuran sekitar 25 milimeter (0.98 inci) lebar.
“Dia terus muntah setelah dia menelan duit syiling itu,” kata ibu kanak-kanak itu.
Setelah melakukan imbasan, para doktor telah menemui objek logam yang memenuhi bahagian atas kerongkong kanak-kanak itu.
Pakar bedah terus melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan duit syiling tersebut.
Kanak-kanak itu telah keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan.
Sumber: Daily Mail
Baca : Lelaki selamba londeh seluar depan gadis masuk cafe, sekali kena terajang