Isteri Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim secara terbuka kecewa dengan hukuman ke atas pembuli siber yang menyebabkan kematian pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha.
Di mana pembuli itu hanya didenda RM100 sahaja. Lebih menyakitkan hati Dr Jezamine adalah cara wanita itu keluar dari mahkamah dengan wajah angkuh dan sombong bersama dengan seorang lelaki yang dipercayai bapanya.
Pembuli siber bernama Shalini Periasamy mengaku bersalah ke atas hantaran di TikTok yang berbaur pembulian siber kepada Esha.
Tetapi apa yang membuatkan Dr Jezamine kecewa adalah hukuman RM100 ke atas Shalini, dan dia cuma akan dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda. Hukuman itu dianggap terlalu ringan.
Dr Jezamine malah menganggap denda membuang sampah merata pun lebih berat iaitu RM500 untuk setiap kesalahan.
Dipetik dari laman Oh Bulan, menerusi satu post di Instagram, Dr Jezamine berkata: “Saya bukanlah pakar dalam bidang undang-undang tapi saya tak pernah dengar bayaran denda RM100 terutama tentang perkara yang serius seperti buli siber.
“Denda untuk buang sampah di tempat yang tak sepatutnya pun dikenakan denda sebanyak RM500. Dan dalam kes ini pembulian dilakukan sehingga meragut nyawa mangsa.”
Berdasarkan cara pembuli siber itu keluar dari mahkamah, Dr Jezamine menganggap pembuli itu tidak kesal menunjukkan dia serik dengan perbuatannya itu.
Baca : Tokti buat podcast! Ramai teruja bila tahu tetamu pertama