[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang wajib anda tahu.Kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang wajib anda tahu bantuan prihatin rakyat bantuan covid sabah bantuan prihatin nasional bantuan prihatin national bantuan khas covid bantuan bkc bantuan prihatin bantuan sara hidup semakan bantuan khas covid semakan status bantuan prihatin nasional [/bg_collapse]
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.
Kaedah pembayaran bantuan kepada penerima yang layak adalah berbeza bagi penerima yang mempunyai akaun bank dan yang tiada akaun bank. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah bayaran BKM 2022.
Kaedah Bayaran BKM 2022
Kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:
Ada akaun bank:
- Berjaya kredit: Kredit ke akaun bank pada tarikh yang dimaklumkan
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup): Tuntutan di Cawangan BSN
Ini bermaksud, sekiranya akaun bank yang anda gunakan untuk mohon bantuan yang lepas sudah tidak aktif atau telah ditutup, anda perlu buat tuntutan wang bantuan di cawangan BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Pemohon yang mempunyai akaun bank hanya perlu menunggu wang bantuan masuk ke akaun bank seperti yang dijadualkan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Tiada akaun bank:
Tuntutan di cawangan BSN
Sekiranya pemohon tiada akaun bank, wang bantuan boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Jadual Bayaran BKM
Jadual bayaran BKM secara berfasa boleh disemak di bawah:
Kadar Bayaran BKM
Kadar bayaran akan dibuat mengikut kategori seperti berikut:
Tonton:
Baca:
Merengek minta susu, bayi dibelasah ibu sendiri akhirnya meninggal dunia
Doktor sahkan anak ke-7 Faizal Tahir yang baru lahir ‘down Syndrome’
Mengaku untuk puaskan nafsu, gelas kaca ditemui dalam pundi kencing gadis
[/bg_collapse]