Isteri pesan suruh beli oren berlubang bontot, pening si suami baca list barang dapur

Kadang-kala isteri akan meminta tolong suami untuk membeli barang dapur. Kalau satu dua barang asas yang perlu dibeli, mungkin suami akan menarik nafas lega. Tetapi, jika senarainya panjang dan ada yang tak pernah didengar, fuh mesti pening kepala nak mencari.

Seperti perkongsian oleh Nazrin Nasir menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL mengenai barang dapur yang dipesan oleh isterinya. Bukan sahaja senarai barangan diulis dengan panjang, malah terdapat satu di antaranya yang mengundang rasa geli hati ramai.

Dalam tempoh tidak sampai dua jam dimuat naik, perkongsian Nazrin telah meraih 5.4 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ratusan komen warganet.

Isteri pesan suruh beli oren berlubang bontot, pening si suami baca list barang dapur

”Paling pening nak cari oren berlubang bontot”

Nasib ada Google..
Bila di suruh beli barang.. List barang macam karangan.. Paling pening nak cari barang dalam list ni oren berlubang bontot tu..

Nak tanya pekerja situ dah tentu2 kena gelak.. Sudahnya google oren berlubang bontot baru tau.. Nasib ada.. Beli la satu.. Balik kene bebel sebab beli satu je..

Terdapat warganet yang mengakui bahawa limau jenis tersebut yang mempunyai bulatan di bahagian bawahnya adalah limau yang sedap dan manis. Tetapi, nama yang diberikan kepada limau tersebut supaya suami ‘faham’ sememangnya menyebabkan ramai berdekah. Memang kelakar!

Gelak sampai sakit perut!

Rempah tu tak jadi beli sebab takut suami lagi pening

Memamg manis kalau beli limau jenis ni

 

Baca juga: Harga air di food festival cecah RM81! “Baik beli dekat pasar malam, sama je”