Gurun Arab Saudi menghijau

Gurun Arab Saudi menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini ‘menghijau’.

Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.

Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.

Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU).

BACA JUGA :

COVID19 : Jumlah kes menurun ke 405, namun terdapat 1 kes kematian

Umat Islam perlu berikan contoh yang baik, buktikan Islam agama perpaduan

Akan umum KPI bagi setiap Menteri pada minggu ini – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim