DAP mengumumkan akan memberikan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, seramai 42 ahli Parlimen dari parti itu menyokong Anwar dan ia selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk Kerajaan,” katanya.
Berita penuh: https://beta.astroawani.com/berita-politik/dap-sokong-anwar-diangkat-sebagai-pm-guan-eng-260598