Kayakers yang berani telah memanfaatkan sebahagian besar hujan lebat di utara New South Wales dengan meredah air terjun sedalam 30meter. Tiga lelaki terlihat sedang berkayak di puncak air terjun Dangar, 2km ke utara Dorrigo, pada hari Isnin ketika hujan lebat terus melanda wilayah tersebut. Sebuah video yang disiarkan di Facebook menunjukkan salah seorang ahli sukan mendayung di tebing sungai melalui aliran air yang deras lalu jatuh ke bawah.
Kayaker itu hilanh di sebalik semburan air terjun, namun akhirnya muncul semula di permukaan tanpa cedera di atas kapal kayaknya. “Dia sudah bangun, dia bangun!” perawi menyatakan dengan teruja. Seorang lagi lelaki yang turut menyertai , namun sudah melepasi air terjun tersebut, menunggunya mendayung sebelum mereka terus meluncur ke sungai.
Klip viral tersebut telah mencapai lebih daripada 700 perkongsian dan rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu. ‘That’s madness,’ tulis salah seorang, ‘Lunatics,’ dan sebagainya. Namun, ada juga yang kagum dengan semangat dan keberanian mereka.
‘That’s awesome,’ tulis seorang. ‘Stuff that! but good on them! ‘ kata salah seorang menerusi laman facebook tersebut.
Cuaca buruk yang melanda pantai timur Australia telah membawa hujan lebat, angin ribut dan banjir kilat ke utara New South Wales dan Queensland tenggara sejak beberapa hari kebelakangan ini. Keadaan ini dijangka akan berterusan hingga minggu depan, dengan kedua-dua negara memberi amaran angin kencang, hujan lebat, hakisan pantai dan banjir.
Sumber- Dailymail