BANJIR TERENGGANU: 28 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS

BANJIR TERENGGANU: 28 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS. Hujan lebat berterusan di Kemaman menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air dan penduduk terpaksa berpindah ke tempat selamat.

Sehingga jam 8 pagi Selasa, seramai 28 mangsa membabitkan sembilan keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini dua PPS telah dibuka bagi menempatkan semua penduduk terjejas.

“Seramai lapan keluarga melibatkan 25 mangsa kini berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor manakala tiga penduduk lagi berada di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.

“Keadaan cuaca di Kemaman dilaporkan mendung dan maklumat semasa berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

BACA JUGA:

JDT tewas 0-3 ditangan Zenit

Susah nak kejutkan anak waktu pagi, kan mommies? Hah, berikut ada 6 tips menceriakan pagi anak-anak

Angka kematian meningkat kepada 3,830, gempa bumi susulan di Turkiye, Syria semalam