BANJIR SABAH: Penampang dilanda banjir kilat

BANJIR SABAH: Penampang dilanda banjir kilat. Hujan lebat sejak jam 2 petang kemarin di sekitar daerah ini dan Penampang menyebabkan beberapa lokasi dilanda banjir kilat.

Antara lokasi dinaiki air di sini adalah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong, Lido dan Kepayan.

Bagi daerah Penampang pula, banjir kilat dilaporkan di Jalan Kibabaig, Jalan Bundusan, Jalan Kolopis dan beberapa kawasan sekitar.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, namun petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga malam ini.

Katanya, ia termasuk kawasan pedalaman membabitkan membabitkan Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Pantai Barat dan Sandakan meliputi Telupid dan Sandakan turut terbabit,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA:

Andi Suryady Sokong Hajiji, akur tindakan yang bakal diambil pucuk pimpinan UMNO

Kebakaran flat, seorang lelaki rentung ditemui

OECD laporkan, lelaki Switzerland mempunyai jangka hayat paling tinggi di dunia