Axia disasarkan terjual 5,700 unit setiap bulan

Axia disasarkan terjual 5,700 unit setiap bulan.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyasarkan untuk menjual 5,700 unit model Perodua Axia serba baharu yang diberi nama kod D74A setiap bulan.

Syarikat pengeluar automotif itu sudah menerima tempahan sebanyak 3,591 unit untuk D74A yang akan dilancarkan pada 14 Februari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata varian ‘SE’ dan ‘AV’ adalah yang paling popular berbanding varian ‘G’ dan ‘X’ sejak tempahan mula dibuka pada 31 Januari.

“Kami menjangkakan sambutan yang menggalakkan untuk varian ‘SE’ dan ‘AV’ berbanding varian ‘G’ dan ‘X’ kerana saya rasa pengguna Malaysia amat menghargai teknologi dan juga cadangan nilai yang kami sediakan untuk model ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi pandu uji D74A hari ini, Zainal Abidin berkata julat harga tentatif bagi model itu di Semenanjung Malaysia tanpa insurans adalah di antara RM38,600 dan RM49,500 seunit.

BACA JUGA:

H5N1: Risiko berjangkit kepada manusia kekal rendah namun perlu bersedia

Kes pembunuhan e-panggilan di Tawau, libatkan 6 orang polis terdakwa

Polis rampas 8,907 unit cecair vape, dianggar bernilai RM300,000