[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”hide” ]Aidilfitri : Khairy bakal umum ‘sesuatu’ minggu depan selamat hari raya aidilfitri hari raya aidilfitri 2021 hari raya aidilfitri selamat hari raya aidilfitri 2021 raya aidilfitri 2021 solat sunat aidilfitri aidilfitri 2021 takbir raya aidilfitri cara solat sunat aidilfitri salam aidilfitri[/bg_collapse]
Aidilfitri : Khairy bakal umum ‘sesuatu’ minggu depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengumumkan ‘sesuatu’ berkaitan sambutan Aidilfitri, minggu depan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok malam ini, Khairy berkata, beliau akan juga mengumumkan beberapa perkara penting lain.
“Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya… jeng, jeng, jeng… dan juga beberapa pengumuman lain yang penting,” katanya.
Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. https://t.co/e8bKedDQ5j pic.twitter.com/6K62NShIHE
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 18, 2022
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan sambutan Aidilfitri kelak.
Katanya, ia penting untuk memastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi daripada wabak COVID-19.
“Jadi kita ada ibu bapa atau datuk nenek masih belum mendapatkan booster (dos penggalak) kerana mereka warga emas, bawa mereka untuk ambil booster sebab COVID-19 masih bahaya.
“Malah saya sudah umumkan warga emas yang layak dan berisiko tinggi boleh mengambil dos penggalak kedua bagi menambah imuniti mereka. Ini adalah pilihan..jangan kata saya paksalah atau sebagainya,” katanya.
BACA:
Rogol biawak, empat lelaki ditahan polis
KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini