6 mitos makanan yang sering kita dengar, namun mitos tersebut tidaklah betul.
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sering ‘disuap’ dengan pelbagai jenis mitos kesihatan dan pantang larang mengenai makanan. Ada yang mengatakan sesetangah makanan atau aktiviti harian dapat memberi impak negatif terhadap badan dan menyebabkan tubuh tidak sihat.
Rupa-rupanya ini adalah 6 mitos kesihatan yang popular dalam kalangan masyarakat yang ternyata salah!
*6 MITOS KESIHATAN YANG POPULAR*
Ada banyak kata-kata atau nasihat yang kita dengar dari orang tua tentang tips kesihatan namun bukan semua boleh dipercayai. Kebanyakannya adalah mitos semata-mata !
*1. NENAS*
Nenas tidak mengakibatkan keguguran dan sebenarnya mampu melancarkan haid !
*2.KICAP*
Kicap mengandungi garam tinggi tetapi ia tidak menyebabkan parut hitam!
*3.MANDI MALAM*
Mandi malam tidak akibatkan paru paru berair tetapi memberikan tidur yang lebih nyenyak!
*4. KETAM RAWAT DENGGI?*
Ketam berkhasiat dan kaya protein, tapi ia bukan rawatan denggi!
*5. TIMUN*
Timun baik untuk hidrasi tubuh, ia tidak akibatkan masalah keputihan!
*6. MAKAN TELUR LUKA BERNANAH?*
Telur sumber protein yang baik, ia tidak akibatkan luka bernanah!
Ini semua mitos ya! Bantu saya sebarkan supaya ramai tahu info di atas adalah mitos sahaja! Bukan fakta!
BACA JUGA:
5 langkah mudah ‘repair’ bahagian kolar baju yang dah meregang
Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak